SMK Agama Tok Bachok, Jalan Jelawat Tangok, 16310, Bachok, Kelantan
smkatb2014@gmail.com
Majlis Khatam Hafazan 2025
Home » Pentadbiran  »  Majlis Khatam Hafazan 2025
Majlis Khatam Hafazan 2025

Majlis Khatam Hafazan 2025

Majlis Khatam Hafazan Tahun 2025

Sekolah Menengah Agama Tok Bachok telah menganjurkan Majlis Khatam Hafazan Tahun 2025 pada 28 Ogos2025  bertempat di Dewan Abu Bakar Al Siddiq. Majlis ini diadakan dengan penuh keberkatan bagi meraikan para pelajar yang berjaya menamatkan hafazan al-Quran.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, diikuti tazkirah, doa kesyukuran serta persembahan  oleh pelajar.

Dalam ucapan perasmian, Pengetua sekolah, Muhd Fadhli bin Jusoh, menzahirkan rasa syukur atas kejayaan pelajar serta mengingatkan semua warga sekolah agar terus menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Huffaz kepada pelajar yang cemerlang dalam hafazan. Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan kepada semua untuk terus istiqamah mendalami dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian.